Bengkung Tradisional

RM75.00

Bengkung trdisional ialah bengkung yang direka khas untuk para ibu yang baru sahaja bersalin.Diperbuat daripada kain kasa belacu yang tebal dan lembut.Ianya dilapik dibahagian hadapan dengan kain cotton maroon yang bermutu tinggi yang akan membuatkan para ibu selesa untuk memakainya.Panjang bengkung ini menutupi seluruh kawasan perut iaitu bermula dari bawah payu dara hingga mencecah paras pinggul.Ianya didatangkan dengan pelbagai saiz.

Fungsi Bengkung Tradisional
-Pembentukkan semula tubuh seperti sediakala terutama bahagian perut & punggung
-Menghalang peranakan turun
-Menguatkan semula otot-otot yang regang dan lemah
-Menghalang perut daripada dimasuki angin dalam tempoh berpantang

Category:

Description

Kelebihan Bengkung Tradisional
-Mudah dan selesa dipakai-Bengkung ini mempunyai dua tali iaitu dibahagian kanan dan kiri untuk memudahkan para ibu memakainya sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa.Selain itu,tali tersebut membantu mengemaskan pemakaian bengkung tanpa merasa longgar ketika bergerak mahupun duduk.
-Mengikut saiz tubuh anda-Mempunyai 3 jenis saiz badan iaitu free size (S-L) XL & XXL dan anda boleh memilihnya mengikut ukuran saiz pinggang sebelum bersalin supaya anda tidak merasa ketat ketika memakainya.
-Diperbuat daripada kain yang tebal dan tahan lama-Kain belacu yang tebal membuatkan kain bengkung tidak mudah koyak dan tahan disimpan untuk kelahiran seterusnya
.-Mudah dibersihkan-Dibahagian hadapan bengkung dijahitkan menggunakan kain kapas berwarna gelap supaya tidak kelihatan kotor selepas digunakan dan mudah dibersihkan.

Ukuran saiz bengkung

=================

Free size (S-L) : 18 inc X 49 inc

 

Hubungi :

Fadz 019-7646299

bengkung-tradisional

==========================================

Cotton belacu bengkung with front viscose material

Suitable during confinement with comfy material helps mama get back in shape

18inch (L) x 45inch (W)

 

=================================================================================

Mengikut kepercayaan tradisi,  pemakaian bengkung secara amnya dapat mengempiskan perut, mengecutkan uterus dan mengetatkan kembali vagina si ibu.

 

Peranan Bengkung dipercayai dapat membantu;

  • mengempiskan perut, mengurangkan berat badan dan membentuk kembali tubuh ibu
  • memberi sokongan pada bahagan organ dalaman tubuh si ibu yang ‘membengkak’
  • mengetatkan bahagian perut yang menggeleber akibat daripada bahagian otot perut yang lemah
  • membantu postur tubuh ibu dalam sesi penyusuan badan
  • memecahkan lemak dan selulit
  • mencegah pengambilan makanan secara berlebihan

Pemakaian bengkung secara tradisional ini boleh gunakan oleh para ibu yang melahirkan bayi secara normal seawal hari ketiga. Namun begitu pemakaian bengkung tradisional ini tidak sesuai bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan atau melalui kaedah Cesarean.

 

Ini kerana ia melibatkan bahagian luka jahitan yang memerlukan masa untuk sembuh. Penggunaan fabrik sokongan yang tidak bersesuaian pada bahagian jahitan juga boleh menyebabkan terjadinya jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan luka jahitan tersebut. Oleh yang demikian, rata-rata para doktor tempatan dahulunya hanya menyarankan para ibu yang melalui proses kelahiran secara pembedahan ini menggunakan bengkung atau ‘girdle’ hanya selepas 2-3 minggu (atau apabila luka jahitan telah benar-benar sembuh).

 

bengkung-berzip bengkung-berzip2

Bengkung berfungsi untuk mengelakkan angin masuk ke dalam urat dan juga perut. Angin yang tidak elok pula dikeluarkan dengan menyapu barut sebelum memakai bengkung.
Bengkung yang dipakai ketat dan kemas dapat mengempiskan perut dan mengawal pemakanan semasa berpantang.
Postur badan juga akan sentiasa tegak walaupun semasa menyusu badan dan juga memberikan sokongan kepada tulang belakang.

Tinggalkan Pesanan Facebook Anda

Additional information

Weight 500 g